Thursday 31 March 2011

Modul Motivasi Produktiviti

Modul Motivasi Untuk Meningkatkan Produktiviti Pekerja dan Organisasi
Download here

MODUL PENINGKATAN MOTIVASI UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PEKERJA DAN ORGANISASI

Ahli Kumpulan : 
                                                                                
Bil
Nama
No. Matrik
1
Faizal Bin Salleh
BA09160357
2
Nurfazira Bt Zakaria
BA09110279
3
Nur Azimah Bt Mohd Fahri
BA09110161
4
Norhidayah Bt Mat Ali
BA09110144
5
Norsyuhada Bt Ismail
BA09110117
6
Faizah Bt Mohamad
BA09110338





motivasi.bmp
PRAKATA
Modul peningkatan motivasi dalam organisasi ini digubah dan disusun untuk memberi panduan kepada fasilitator dan peserta program dalam mengendalikan program ini dengan berkesan dan dapat memberikan impak yang baik seperti yang telah diharapkan. Modul ini mengandungi 4 modul asas yang telah disusun mengikut urutan oleh 10 orang penggubal modul yang terdiri daripada 5 orang Pensyarah Hubungan Industri dan 5 orang Pelajar Hubungan Industri.
                Modul ini digubal secara keseluruhannya untuk mencapai objektif yang telah digariskan oleh Bahagian Pengurusan Produktiviti Hubungan Industri dan Kelab Hubungan Industri serta perlu dilaksanakan sepenuhnya bagi memberikankesan yang diharapkan. Kesan sebenar modul ini banyak bergantung kepada kemahiran fasilitator yang mengendalikannya. Oleh itu, fasilitator yang terlibat harus terlebih dahulu didedahkan kepada kemahiran, pengetahuan dan pengendalian latihan melalui kelompok dinamik.
                Semoga modul ini dapat memberikan sumbangan kepada pembentukan kumpulan pekerja yang mempunyai motivasi yang tinggi dalam melaksanakan tugas untuk peningkatan produktiviti dalam organisasi.
Sekian dan Terima Kasih.

Cetakan Pertama: Mac 2010

@Cawangan Sekolah Sains Sosial
Bahagian Penerbitan Universiti Malaysia Sabah
Modul Program peningkatan motivasi dalam Organisasi Perkilangan ini disediakan dalam bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran mengenai pengurusan organisasi berasaskan kepada pelaksanaan konsep motivasi. Sebarang pertanyaan dan cadangan untuk memperbaiki gaya penyampaian dan isis kandungan modul ini boleh dikemukakan kepada panel penulis dengan menggunakan alamat penerbit.

Alamat    :   Sekolah Sains Sosial
                   Universiti Malaysia Sabah

Telefon   :  088-230119



PASUKAN PENGGUBAL MODUL
 

PENASIHAT                :   ENCIK AZIZAN BIN MORSHIDI
                                           Ketua Pensyarah Hubungan Industri
                   Bahagian Pengurusan Produktiviti dan Hubungan Industri
                                           Jabatan Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial


PAKAR RUJUK           : ENCIK FAUZIE BIN SARJONO
                                          Pensyarah Hubungan Industri
                                          Bahagian Analisis dan Gelagat Organisasi
                                          Jabatan Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial

PENGERUSI               : FAIZAL BIN SALLEH
                                         Pengarah Pelaksana Program
                                         Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial
                                         Universiti Malaysia Sabah

KETUA PANEL           :  NURFAZIRA BINTI ZAKARIA
                                          Timbalan Pengarah Pelaksana Program
                                          Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial
                                          Universiti Malaysia Sabah

PENYELARAS             :  NUR AZIMAH BINTI MOHD FAHRI
                                           Ketua Fasilitator Program
                                           Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial
                                           Universiti Malaysia Sabah

TIMBALAN                  : NORHIDAYAH BINTI MAT ALI
                                           Timbalan Ketua Fasilitator Program
                                           Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial
                                           Universiti Malaysia Sabah

BENDAHARI                 : FAIZAH BINTI MOHAMMAD
                                           Timbalan Ketua Fasilitator Program
                                           NOOR SYUHADA BINTI ISMAIL
                                          
Pembantu Ketua Fasilitator
                                           Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial
                                           Universiti Malaysia Sabah



JADUAL PROGRAM PELAKSANAAN PENINGKATAN MOTIVASI DALAM ORGANISASI
(semua kakitangan organisasi)

MASA / HARI
8.00 – 9.30
10.00 - 12.30
12.30 – 1.30
1.30-4.30
4.30-5.30
HARI PERTAMA
Pendaftaran Peserta
Modul 1
(Taklimat, Suai Kenal & Pertalian Kasih)
Rehat / Makan Tengahari / Solat
Modul 2
(Pengenalan Kepada Motivasi)

HARI KEDUA

Modul 3
(Kenapa Perlu Motivasi)
Modul 4
(Implikasi Daripada Motivasi)
Majlis Perasmian & Penutupan Program












MODUL PENINGKATAN MOTIVASI
MODUL PENINGKATAN MOTIVASI INI MEMPUNYAI EMPAT OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI IAITU:
        I.            Modul ini untuk mengenalpasti dan memahami konsep motivasi.
      II.            Mengenal pasti faktor penyebab motivasi di tempat kerja.
    III.            Mengenal pasti implikasi motivasi terhadap produktiviti pekerja.
    IV.             

KONSEP PELAKSANAAN
1.       Program ini dilaksanakan secara usaha sama antara Bahagian Pengurusan Produktiviti dan Hubungan Industri dengan Kelab Pensyarah Hubungan Industri di Universiti Malaysia Sabah.
2.       Penglibatan golongan pekerja dan majikan sebagai pelaksana program.
3.       Tumpuan kepada penyertaan ialah golongan pekerja bawahan, pertengahan dan atasan.

KAEDAH PELAKSANAAN
Strategi Pelaksanaan
Program ini memerlukan peserta melibatkan diri secara langsung dalam setiap kegiatan yang dilaksanakan sepanjang perjalanan program. Ini akan membolehkan mereka mengalami, menghayati dan merasai dengan sepenuhnya setiap aktiviti yang dilakukan sebagai wahana untuk menerapkan proses pembelajaran dan menimba pengetahuan dalam sesebuah organisasi. Aktiviti-aktiviti yang akan diberi tumpuan semasa pelaksanaan program adalah seperti berikut:
  1. Aktiviti yang menumpukan kepada penglibatan peserta.
  2. Aktiviti yang melibatkan peningkatan motivasi diri para peserta.
  3. Aktiviti yang menggalakkan golongan pekerja berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
PEMILIHAN TEMPAT
Tempat untuk melaksanakan atau mengadakan Program peningkatan motivasi dalam Organisasi ini telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana yang dikelolakan secara bersama antara Bahagian Pengurusan Produktiviti dan Hubungan Industri dan Kelab Pensyarah Hubungan Industri. Jawatankuasa Pelaksana akan memilih lokasi untuk mengadakan program ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SEkolah Sains Sosial.
PEMILIHAN PESERTA
Seramai 100 orang peserta yang merupakan golongan pekerja bawahan, pertengahan dan atasan terlibat dalam program ini dimana pecahannya adalah seperti di bawah.
  1. 60 Orang Pekerja Bawahan
  2. 30 orang Pekerja Pertengahan
  3. 10 orang Pekerja Atasan
IMPAK
Pelbagai kebaikan yang diperolehi daripada program ini. Antaranya ialah:
1.       Peserta akan mempunyai pengetahuan yang luas tentang konsep motivasi dalam diri dan organisasi.
2.       Mampu meningkatkan produktiviti pekerja kerana pekerja lebih bermotivasi dalam melakukan pekerjaan mereka
3.       Peserta mampu untuk melakukan pekerjaan dengan teratur dan sistematik melalui peningkatan motivasi.
ARAHAN DAN PERATURAN PROGRAM
1.       Peserta-peserta program ini adalah tertakluk kepada semua arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak penyelaras program, urusetia program dan juga tertakluk kepada arahan lain yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
2.       Demi untuk menjaga dan mengawal disiplin serta menjaga perhubungan di antara peserta-peserta program dengan pihak pengurus / urusetia, perkara-perkara tersebut dibwah perlu dipatuhi :-

2.1   Ketetapan Masa
a)      Masa mendaftar masuk program
b)      Masa program dijalankan
c)       Masa mendaftar keluar program
d)      Masa mendaftar semula program untuk hari kedua
e)      Ceramah / taklimat
f)       Waktu rehat

2.2   panggilan Kepada Fasilitator / Ketua/ Urusetia
Bagi menceriakan lagi hubungan sepanjang program dan aktiviti berlangsung, para peserta tidak digalakkan menggunakan panggilan seperti untuk memanggil, menegur, member penghormatan dan sebagainya kepada semua pihak sama ada urusetia, pengurus dan fasilitator / ketua kumpulan. Antara panggilan tersebut adalah:-
a)      Tuan / puan
b)       Cik / encik
Rasional larangan seperti ini adalah untuk mengelakkan wujudnya jurang perbezaan antara peserta dengan pihak pengurus dan pesrta dengan peserta yang berbeza pangkat serta fasilitator / ketua dengan ahli kumpulan agar dapat berinteraksi dengan lebih mesra dan harmoni sepanjang program dan aktiviti berlangsung mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk membolehkan para peserta melupakan seketika status mereka di dalam organisasi tersebut
               
2.3   Peraturan Pakaian
a)      Baju T – lengan panjang / pendek (putih)
b)      Seluar slak ( hitam)
c)       Kasut (hitam atau putih)
d)      Stoking (putih atau hitam)

3.       Perkara –Perkara Yang Dilarang
a)      Dilarang merokok sepanjang program / latihan berlangsung.
b)      Dilarang merokok di tempat program / latihan dijalankan ( kecuali di tandas)
c)       Berborak sehingga mengabaikan aktiviti.
d)      Membuat bising yang berlebihan.
e)      Tidak mendengar arahan fasilitator / ketua.
f)       Melanggar arahan fasilitator / ketua.
g)      Bertengkar.


4.       Arahan dan Peraturan Tambahan
a)      Semua arahan secara lisan dari pihak pengurus program akan disampaikan melalui fasilitator atau ketua.
b)      Peraturan tambahan akan dikeluarkan sekiranya perlu dan mengikut keadaan.
c)       Apa-apa peraturan atau arahan yang tidak tercatat di dalam peraturan ini dan tidak bercanggah dengan program / aktiviti hendaklah diambil kira dan diparuhi seperti :-
                                            I.            Menjaga adab berkomunikasi antara satu sama lain.
                                          II.            Menjaga adab pergaulan antara satu sama lain.
                                        III.            Menjaga keharmonian dan peradaban pelbagai kaum dan agama agar tidak wujudnya perselisihan faham atau konflik.



BORANG PENDAFTARAN PESERTA
BUTIRAN PERIBADI PESERTA
































































































Nama penuh:       
(HURUF BESAR)
                                                                                                                                                                                       :






-


-








Umur
 
 No. Kad Pengenalan:


/


/






Islam 
 

Agama
 
Tarikh Lahir:








buddha
 




Hindu
 

Lelaki
 

Perempuan
 
Jantina :               : Islam 













Kristian
 





Melayu
 




India 
 







Lain-lain 
 

Bumiputra
 

Cina
 
Kaum:       

Lain-lain (Nyatakan):________________________




















































































Alamat tetap:












Negeri: _____________________                                        Poskod:




















Telefon: (R) (H/P)
Email: _________________________________________ (Jika ada)
Ya

Tidak

Pernah mengalami sebarang penyakit kronik?
Jika ya, sila nyatakan:              _________________________________


MODUL 1: ICE-BREAKING
TAKLIMAT, SUAI KENAL DAN PERTALIAN KASIH
1.       PENGENALAN MODUL
2.       OBJEKTIF
3.       KEPERLUAN SESI / PEMBABITAN
4.       PANDUAN FASILITATOR
AKTIVITI 1: TAKLIMAT
AKTIVITI 2: PEMBENTUKAN KUMPULAN
AKTIVITI 3: SUAI KENAL
AKTIVITI 4: PERTALIAN KASIH
5.       RUMUSAN

1.       PENGENALAN
1.1  Taklimat kursus adalah amat penting dalam menguruskan program agar program yang dijalankan berjalan lancar dan mengikut ketetapan yang telah dirancang. Taklimat program ini penting untuk peserta kerana segala maklumat mengenai program yang dijalankan dapat diketahui dan memahami program yang dijalankan. Dalam taklimat kursus ini akan diterangkan perkara-perkara berikut :

v  Latar Belakang Program
v  Objektif /program
v  Maklumat Kursus Program
v  Penyertaan
v  Jadual Pelaksanaan Program
v  Pelantikan:
a)      Ketua Peserta
b)      Naib Ketua
c)       Ketua Kumpulan
d)      Pembantu Ketua Kumpulan
e)      Jawatankuasa
KEPERLUAN / PEMBABITAN
        3.1 Jangkamasa: 2 JAM 30 MINIT
        3.2 Saiz Satu Kumpulan: 10 ORANG (10 KUMPULAN)
        3.3 Metodologi
·         Ceramah Ringkas
·         Permainan Simulasi

        3.4 ALAT BANTU
§  Jadual Kursus
§  Peraturan Kursus
§  Borang Maklumat Peserta
§  Tanda Nama
§  Sistem Siaran
§  Kerusi dan Meja
§  Kertas
§  Pen
AKTIVITI 2: SUAI KENAL
OBJEKTIF UNIT
Ø  Mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan mendalam di samping menjalin hubungan yang baik dan mesra agar lebih mudah berinteraksi
Ø  Mengenali fasilitator dengan lebih baik supaya dapat mengurangkan halangan dalam berinteraksi.
Ø  Mengetahui dan memahami kepentingan suaikenal dalam membentuk pasukan yang mantap serta membina hubungan yang baik agar dapat memberikan kerjasama semasa melakukan aktiviti berpasukan.
LANGKAH-LANGKAH
Ø  Peserta akan diarahkan agar berada dalam kumpulan mengikut warna fail yang telah diberikan kepada mereka semasa mereka mendaftar. Mereka akan membuat bulatan mengikut kumpulan warna fail tersebut
Ø  Fasilitator memaklumkan kepada semua peserta bahawa sesi berkenalan adalah penting untuk semua peserta dan petugas untuk mereka mengenali ahli dalam kumpulan.
Ø  Fasilitator akan menerangkan sesi suai kenal adalah dalam bentuk permainan seperti:
*      MINDA KU
                                I.            Peserta akan menggunakan kertas bersaiz A4 yang terdapat di dalam fail dan akan dibahagikan kepada empat bahagian dan diarahkan menulis SATU PERSATU perkara berikut diatas kertas berkenaan:
·         Nama penuh
·         Nama panggilan yang ringkas
·         Umur
·         Tempat asal

                              II.            Setiap kumpulan akan mempunyai ahli seramai 10 orang dalam satu bulatan. Setiap kumpulan akan diselia oleh seorang fasilitator.
                            III.            Fasilitator meminta semua peserta untuk memperkenalkan diri sendiri dalam kumpulan mengikut apa yang tercatat diatas kertas mereka.
                            IV.            Kemudian fasilitator akan meminta setiap ahli kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan mereka yang lain. Siapa yang dapat mengingati ahli kumpulan dengan betul betul seperti yang telah diberitahu dan dapat mengingati semua ahli dalam kumpulannya adalah seorang yang mempunyai ingatan yang kuat dan mendapat gelaran “raja minda”.
                              V.            Moral permainan adalah
§  Peserta akan termotivasi untuk  mengingati semua ahli kumpulannya berbanding ahli lain untuk mendapatkan gelaran “raja minda”.
§  Melalui permainan ini juga akan membolehkan setiap ahli dalam kumpulan mengenali dan mengingati tentang ahli kumpulan mereka yang lain.


*      PENCIPTAAN AJAIB
        I.            Setiap ahli kumpulan akan diminta untuk melantik penghulu dan penghuluwati bagi memudahkan proses dalam kumpulan tersebut.
      II.            Kemudian setiap peserta akan diberi satu kad manila dan marker pen untuk menghasilkan logo dan nama kumpulan berdasarkan daripada gabungan semua ahli kumpulan.
    III.            Seterusnya wakil kumpulan akan diminta untuk menerangkan matlamat dan objektif logo yang telah dihasilkan.
    IV.            Penilaian akan ditentukan mengikut kreativiti logo, kerelevanan matlamat dan objektif serta gabungan nama yang paling unik untuk menentukan pemenang bagi permainan ini.
      V.            Penghulu atau penghuluwati diberi tanggungjawab menjaga logo mereka dan mesti membawa logo tersebut setiap kali berkumpul. Kumpulan yang hilang, rosak atau tertinggal akan dikenakan hukuman.
    VI.            Moral permainan adalah:
§  Sikap kerjasama dan saling membantu dalam sesebuah organisasi samaada pekerja bawahan atau pihak atasan.
§  Sikap pihak atasan menjaga kepentingan ahli organisasi. Ketua kumpulan akan bertindak sebagai penjaga logo dalam memastikan kumpulan dibawahnya tidak dikenakan hukuman.
§  Perkongsian pendapat yang membawa manfaat kepada organisasi. Setiap ahli dalam kumpulan akan menyumbangka pendapat tentang gabungan nama mereka bagi membentuk nama kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
RUMUSAN
Ø  Salah satu bahagian terpenting dalam mana-mana program ialah aktiviti suai kenal. Ia merupakan nadi untuk menggerak dan menjayakan sesuatu program. Sesi suai kenal yang efektif akan dapat mewujudkan suasana yang selesa dan ceria kepada perjalanan program dan peserta. Suai kenal perlu juga berlaku antara peserta dan pelaksana program bagi memastikan keberkesanan program.
Ø  Tahap suai kenal di kalangan ahli-ahli sesebuah organisasi dapat menghasilkan keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut. Suai kenal dapat mengurangkan halangan psikologi antara sesama peserta dan antara peserta dengan pelaksans program seterusnya menggalakkan interaksi yang terbuka dan mesra. Ianya akan mewujudkan suasana yang lebih selesa dan ceria.


AKTIVITI 3 –  PERTALIAN KASIH
OBJEKTIF UNIT
§  Objektif unit ini ialah untuk meningkatkan jalinan kemesraan dan semangat setiakawan dalam kumpulan yang kecil serta memahami kepentingan pembentukan dan pembinaan sesuatu kumpulan bagi melaksanakan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh kumpulan.
§  Menghayati semangat kerja berpasukan dan memahami kebolehan, keupayaan dan potensi yang ada pada setiap ahli kumpulan.
§  Mempelajari dan mengaplikasikan ilmu berbentuk kepimpinan yang berkaitan dengan aktiviti berkumpulan.
LANGKAH-LANGKAH
Peserta akan diarahkan agar berada dalam kumpulan masing-masing dan pertandingan akan dimulakan :


v  SIAPA PALING PANTAS
Ø  Dalam permainan ini setiap kumpulan akan duduk dalam barisan mengikut kumpulan masing-masing.
Ø  Penghulu dan penghuluwati akan  berada di barisan paling hadapan dan diikuti oleh ahli kumpulan yang lain. Fasilitator akan menyediakan gambar di hadapan dan penghulu akan dipanggil untuk mengenalpasti gambar tersebut. Selepas itu, penghulu harus menerangkan kepada ahli di belakangnya tentang gambar tersebut dan ahli tersebut akan memberitahu kepada ahli yang seterusnya sehingga kepada ahli yang terakhir. Peserta yang terakhir akan melakar gambaran yang telah disampaikan.
Ø  Fasilitator kemudian akan membandingkan antara lakaran yang asal dengan hasil lakaran daripada peserta yang terakhir. Kumpulan yang paling mirip hasil lakaranya dengan lakaran asal akan dikira sebagai pemenang.
Ø  Moral permainan ini ialah:
§  Melihat sejauh mana ahli dalam organisasi dapat menyampaikan maklumat yang telah diberikan kepada mereka untuk disampaikan kepada ahli yang lain.
§  Fokus terhadap kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka supaya maklumat yang diberikan tidak lari daripada maklumat asal.

v  SEBULAT SUARA
Ø  Fasilitator akan memberikan setiap kumpulan dengan nama negara dan kumpulan tersebut mesti ingat negara masing-masing dan juga negara kumpulan lain.
Ø  Fasilitator akan menentukan kumpulan yang mana patut memulakan permainan ini dan kumpulan tersebut akan menyebut nama negara kumpulan seterusnya.
Ø  Sekiranya kumpulan seterusnya lambat untuk menyambung daripada kumpulan yang menyebut negara mereka menyebabkan mereka akan kalah dan dikeluarkan dari permainan ini.
Ø  3 Kumpulan yang terakhir akan dikira sebagai pemenang.
Ø  Moral permainan ini ialah:
§  Melihat sejauh mana kerjasama antara ahli kumpulan untuk lebih peka terhadap kerja yang diberikan.
§  Melihat sejauh mana ketelitian ahli kumpulan dalam melakukan kerja berkumpulan

v  SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
Ø  Fasilitator akan memberikan 20 batang pen kepada setiap kumpulan.
Ø  Selepas diberikan 20 batang pen, setiap kumpulan perlu membina satu logo dengan hanya menggunakan 20 batang pen tersebut sahaja.
Ø  Logo yang dibina mestilah tidak menyentuh tentang isu-isu sensitif seperti semangat perkauman dan sebagainya.
Ø  Logo yang berasaskan kepada konsep 1 Malaysia adalah lebih digalakkan untuk menunjukkan kesepaduan dalam kumpulan.
Ø  Penilaian logo adalah berdasarkan kepada keunikan logo, kerelevenan reka bentuk logo, maksud di sebalik logo, kekemasan logo dan motif penciptaan logo tersebut. Konsep logo yang bersifat perpaduan atau 1Malaysia adalah lebih diutamakan.
Ø  Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada perkara-perkara seperti yang disebutkan dalam perkara Lima (v).

Nota Tambahan:
Ø  Permainan yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan perlu dijaga adab susila dan kesopanannya.
Ø  Setelah selesai permainan, kumpulan yang memenangi permainan tersebut perlu diumumkan sebagai dorongan kepada peserta lain utnuk bersaing dalam permainan yang lain.
Ø  Moral permainan adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama dan semangat setiakawan di kalangan peserta serta mengurangkan halangan perhubungan di kalangan peserta.

RUMUSAN
Ø  Meningkatkan hubungan persahabatan antara ahli kumpulan yang baru dikenali.
Ø  Mewujudkan daya saing yang positif di kalangan para peserta dalam kumpulan dan persaingan yang sihat di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
Ø  Memupuk semangat kerja secara berpasukan dalam kalangan ahli kumpulan.
Ø  Memupuk semangat permuafakatan dan semangat saling tolong menolong antara satu sama lain di dalam kumpulan.
Ø  Memupuk semangat menjiwai pengorbanan demi mencapai kemenangan bersama.



MODUL 2 : PENGENALAN KEPADA MOTIVASI
1.       PENGENALAN MODUL
2.       OBJEKTIF
3.       KEPERLUAN SESI / PEMBABITAN
4.       PANDUAN FASILITATOR AKTIVITI YANG DIJALANKAN
AKTIVITI 1: ADAKAH AKU BERMOTIVASI
AKTIVITI 2: GAME : JUTAWAN RIA
AKTIVITI 3: CERAMAH MENGENAI MOTIVASI
5.       RUMUSAN
1.0 PENGENALAN
1.1. Modul ini bermatlamat satu alternative mempertingkatkan motivasi para pekerja ke arah satu pendekatan pembangunan produktif agar ianya selari dengan pembangunan negara dari segi sumber ekonomi. Mengapa para pekerja harus mempunyai nilai motivasi yang tinggi dalam diri mereka? Apakah langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan nilai motivasi dalam diri pekerja?.
1.2. Secara umumnya, faktor motivasi sering dikaitkan dengan nilai ganjaran yang disediakan oleh sesebuah organisasi di tempat kerja. Pekerja akan lebih bermotivasi apabila mereka diberikan ganjaran dalam segenap kerja yang telah mereka lakukan.
1.3. Motivasi merupakan satu variabel perantara yang digunakan sebagai alat untuk menjelaskan faktor – faktor dalaman individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku kea arah suatu tujuan tertentu. Motivasi juga berhubungan dengan kekuatan (dorongan) dalam diri manusia.
1.4. Motivasi juga boleh dinilai dalam motivasi organisasi iaitu kesanggupan untuk mengikhtiarkan tahap usaha yang tinggi ke arah pencapaian matlamat organisasi bersertakan dengan kemampuan usaha tersebut untuk memenuhi keperluan individu

1.5. Pengenalan dan pemahaman tentang motivasi secara mendalam terhadap para pekerja bagi meningkatkan nilai motivasi dalam diri pekerja dengan harapan dapat membantu organisasi dalam memaksimumkan hasil pengeluaran produktiviti sesebuah organisasi di samping dapat menjana taraf ekonomi pekerja itu sendiri.



2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi kefahaman kepada para pekerja berkenaan dengan konsep motivasi dan bagaimana untuk meningkatkan nilai motivasi dalam diri setiap individu.
 2.2. Memahami tahap motivasi dalam diri sendiri khususnya kepada para pekerja.
 2.3. Menyedarkan para pekerja mengenai kepentingan motivasi dalam diri pekerja dalam meningkatkan produktiviti kerja.   
2.4  Membentuk personaliti yang positif dan nilai keyakinan diri yang tinggi.
   


3.0 KEPERLUAN SESI
3.1 Jangkamasa      :120 minit  (2jam)

3.2  Saiz Kumpulan  :100 orang (10 kumpulan)

3.3  Metodologi
v  Ceramah Ringkas
v  Perbincangan dalam Kumpulan

3.4  Alat Bantu
v  Helaian kertas
v  Pen
v  Pensil
v  pemadam
v  Marker pen
v  Kertas majong
v  Manila kad
v  Gunting
v  Kertas A4
v  Lcd
v  projektor


AKTIVITI 1 : ADAKAH AKU BERMOTIVASI
OBJEKTIF  SLOT :
Selepas mengikuti aktiviti ini peserta dapat memahami :
Ø  Mengenalpasti tahap motivasi dalam diri mereka.
Ø  Adakah mereka memerlukan orang boleh membantu mereka dalam meningkatkan motivasi.

LANGKAH-LANGKAH
Ø  Fasilitator memulakan sesi dengan mengucapkan kata – kata aluan dan penghargaan kepada peserta atas kesudian untuk menyertai aktiviti ini.
Ø  Fasilitator mengedarkan pen & kertas A4 kepada setiap ahli kumpulan
Ø  Setiap peserta diberikan 15minit bagi menjalankan aktiviti ini
Ø  Seterusnya setiap peserta dikehendaki membentangkan apa yang ditulis dalam kertas tersebut.
Ø  Masa yang ditetapkan kepada adalah 40 minit bagi fasilitator menjalankan aktiviti ini.


RUMUSAN

v  Permainan ini dapat meningkatkan nilai motivasi yang tinggi dalam diri setiap individu untuk mengecapi kejayaan dalam setiap langkah perjuangan hidup.
v   Ganjaran boleh dijadikan sebagai senjata untuk meningkatkan nilai motivasi dalam setiap diri individu.
v  Nilai-nilai positif dan nilai negatif pasti ada pada setiap peserta & bagaimana mereka mengendalikannya.




AKTIVITI 2 :  JUTAWAN RIA  GAME
OBJEKTIF SLOT
Selepas mengikuti slot ini peserta dapat
*      Meningkatkan keyakinan diri masing – masing.
*      Mempunyai strategi tersendiri dengan diri sendiri supaya dapat meningkatkan motivasi.
*      Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan diri.

LANGKAH-LANGKAH

v  Fasilitator akan memilih 5 orang dalam setiap kumpulan untuk main permainan ini.
v  Fasilitator akan memberi penerangan berkaitan dengan cara permainan ini dan  mengarahkan peserta bermain dengan mengunakan strategi masing-masing. Permainan ini merupakan permainan di mana mereka dikehendaki memulakan bisnes dengan pembahagian modal yang sama rata dalam setiap peserta yang bermain.
v  Masa yang diperuntukan bagi permainan ini adalah 60 minit.
v  Fasilitator meminta peserta yang selebihnya menggantikan peserta yang dikesan sudah kalah dalam permainan.

RUMUSAN

v  Permainan ini bertujuan bagi meningkatkan keyakinan dalam diri peserta untuk mencapai apa yang dihajati.
v  Dengan strategi masing-masing adakah mereka mampu memenangi permainan ini.
v  Dalam permainan ini, mereka akan bermotivasi untuk mengumpul wang sebanyak mungkin bagi meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.
v  Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan motivasi dalam diri mereka bagi menandingi peserta yang lain.
v  Setiap permainan mempunyai beberapa peraturan dan  anda  pasti  melupakan  hal-hal lain ketika cuba untuk menang permainan.


                                  AKTIVITI : 3 CERAMAH MENGENAI MOTIVASI

OBJEKTIF  SLOT
Selepas mengikuti slot  ini :

v  Peserta akan dapat mengenalpasti konsep motivasi secara menyeluruh.
v  Peserta juga  akan didedahkan dengan aktiviti – aktiviti yang boleh meningkatkan  motivasi mereka.
v  Mengenal pasti kekurangan diri seseorang & meningkatkan pencapaian dalam meningkatkan produktiviti dengan memotivasikan diri sendiri.

LANGKAH-LANGKAH

v  Penceramah jemputan iaitu pakar – pakar motivasi disediakan bagi memberikan ceramah berkaitan dengan motivasi.
v  Fasilitator menyediakan bahan keperluan penceramah.
v  Fasilitator mengedarkan kertas A4 dengan Pen, kertas majong, marker pen.

KAEDAH
v  Peserta akan diberi ceramah mengenai motivasi .
v  Penyediaan slide yang kreatif , boleh menarik minat peserta untuk mendengar ceramah.


RUMUSAN
v  Membolehkan peserta mengetahui konsep motivasi
v  Peserta dapat mengetahui kepentingan untuk bermotivasi.
v  Peserta juga didedahkan dengan penggunaan teori yang berkaitan dengan motivasi.


MODUL 3 : KENAPA PERLUNYA MOTIVASI DIRI?

1.       PENGENALAN MODUL
2.       OBJEKTIF
3.       KEPERLUAN SESI / PEMBABITAN
4.       PANDUAN FASILITATOR
AKTIVITI 1: KENAL JATI DIRI
AKTIVITI 2: BERMOTIVASIKAH AKU?
5.       RUMUSAN

1.       PENGENALAN
1.1   Modul ini bertujuan untuk mengenalpasti kenapa seseorang pekerja itu memerlukan motivasi di tempat kerja?. Mengapa seseorang itu perlu mengenal apa itu motivasi? Mengapakah seseorang itu perlu mengetahui bagaimana cara untuk memotivasikan diri mereka? Ramai individu sebenarnya kurang mengetahui mengapa mereka kurang bermotivasi di tempat kerja. Ini kerana, mereka sebenarnya tidak memperolehi apa yang sebenar mereka mahukan atau inginkan daripada pihak pengurusan.
1.2   Sekiranya pihak pengurusan dapat memenuhi kehendak pekerja, masalah pekerja yang kurang bermotivasi tidak akan berlaku.
1.3   Seseorang individu sebenarnya bukan semuanya dari latarbelakang yang kaya. Oleh itu, pihak pengurusan perlu pertimbangkan masalah ini supaya pekerja lebih bermotivasi dalam apa-apa hal yang berkaitan kerja. Ini juga bukan sahaja memberi semangat kepada pekerja tersebut malahan memberi keuntungan kepada organisasi tersebut.
1.4   Pengenalan dan pemahaman tentang kenapa perlunya motivasi di tempat kerja akan membolehkan peserta dapat mempersiapkan diri mereka untuk meningkatkan lagi prestasi yang sedia ada bagi meningkatkan produktiviti mereka dalam organisasi. Justeru itu, para peserta akan dapat memperbaiki diri dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.



2.       OBJEKTIF
Ø  Memberi kefahaman kepada para peserta tentang kenapa perlunya motivasi dalam diri
        pekerja.
Ø  Mengenali peribadi diri para peserta.
Ø  Menjana pemikiran yang positif para peserta kearah pembentukan jati diri yang unggul.
Ø  Faedah yang diperolehi dijadikan sebagai motivasi dalaman.
Ø  Membentuk para peserta kearah yang lebih matang dalam berhadapan suatu situasi apabila diri kurang bermotivasi.

3.       KEPERLUAN SESI
3.1 Jangkamasa                 : 120 Minit (2 Jam)
3.2 Saiz Kumpulan            : 1O Orang (15 Kumpulan)
3.3 Methodologi
v  Ceramah Ringkas
v  Perbincangan Kumpulan
v  LDK
v  Lakonan
3.4 Alat Bantu
v  Warna
v  Pen
v  Botol
v  Gunting
v  Marker pen
v  Kertas A4 berwarna


AKTIVITI 1 : KENAL  JATI DIRI
OBJEKTIF UNIT
Selepas mengikuti unit ini, peserta akan dapat :
v  Mengenal jati diri.
v  Mengenalpasti kelemahan, kekuatan dan potensi diri.
v  Mengukuhkan nilai-nilai yang baik dan mengamalkannya.
LANGKAH-LANGKAH
v  Fasilitator memulakan sesi dengan melakukan ice breaking bersama semua peserta.
v  Fasilitator akan mengajukan pertanyaan kepada para peserta berhubung pengalaman mereka melukis:
-Siapa suka melukis?
-Siapa yang pernah melukis?
*Masa yang diambil ialah 5 minit.
v  Fasilitator mengedarkan kertas A4 berwarna kepada para peserta dan mengarahkan para peserta mewarnakan kertas tersebut mengikut warna yang digemari oleh para peserta.
v  Fasilitator mengarahkan para peserta melukis gambar yang mewakili ciri-ciri diri sendiri di setiap warna bagi mewakili peribadi mereka.
*Masa yang diambil ialah 5 minit.
v  Fasilitator mengarahkan setiap peserta memberitahu kenyataan diri yang sudah dilukis di atas kertas A4 berwarna dan menerangkan perkaitannya dengan warna yang mewakili kenyataan diri peserta tersebut.
v  Selepas semua peserta telah membentangkan kenyataan-kenyataan tersebut, peserta diminta berfikir sebentar mengenai peribadi diri masing-masing.
v  Fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti tersebut.
*Langkah ini mengambil masa 15 minit.
KAEDAH
v  Berikan kertas A4 berwarna kepada para peserta dan arahkan mereka supaya mewarnakan kertas tersebut mengikut warna kegemaran mereka.
RUMUSAN
v  Muhasabah serta mengenal jati diri adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian manusia.
v  Manusia lebih suka bercerita mengenai perkara yang baik-baik sahaja mengenai dirinya tapi tidak berani mencerikan kelemahan diri mereka.
v  Menerima pendapat dan pandangan rakan-rakan merupakan cara terbaik dalam memperbaiki kelemahan diri.
v  Menjadi diri sendiri adalah perkara yang terbaik.


AKTIVITI 2 : BERMOTIVASIKAH AKU?
OBJEKTIF UNIT
v  Selepas mengikuti unit ini, peserta akan dapat:
                                I.            Lebih motivasi diri.
                              II.            Bersikap matang ketika dalam keadaan kurang bermotivasi.
LANGKAH-LANGKAH
v  Fasilitator memulakan sesi dengan menayangkan video yang memaparkan situasi-situasi yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keadaan kurang motivasi.
v  Fasilitator mengarahkan semua peserta untuk menyenaraikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keadaan tiada motivasi dalam diri selain daripada faktor-faktor yang telah dipaparkan dalam pertunjukkan video.
v  Fasilitator mengarahkan para peserta melipatkan kertas yang ditulis dan memasukkannya kedalam botol.
v  Fasilitator mengarahkan para peserta di dalam setiap kumpulan bertukar-tukar botol dengan kumpulan yang lain.
v  Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan menyenaraikan semula isi kandungan lipatan kertas di dalam botol yang diperolehi dari kumpulan lain.
v  Fasilitator meminta setiap kumpulan melakonkan beberapa babak lakonan yang menunjukkan satu situasi dimana seseorang itu sedang mengalami masalah untuk bermotivasi.


KAEDAH
v  Fasilitator menunjukkan video yang memaparkan situasi-situasi yang boleh menyebabkan kurang motivasi, setiap kumpulan diminta melakonkan babak-babak dimana adanya situasi seseorang sedang mengalami masalah dan menyebabkan tiada motivasi disamping mempamerkan penyebab-penyebab kejatuhan motivasi seseorang  individu .
RUMUSAN
v  Setiap individu pasti berhadapan dengan satu situasi yang boleh menyebabkannya kurang bermotivasi semasa bekerja.
v  Faktor-faktor penyebab kurang motivasi boleh muncul dari faktor dalaman atau faktor luaran seperti persekitaran, budaya, diri individu dan banyak lagi.
v  Nilai-nilai positif yang ada pada diri harus dipegang dengan teguh dalam menghadapi satu situasi yang sukar.
v  Berfikir positif dapat membantu mengeluarkan diri dari satu keadaan yang sukar seterusnya dapat mematangkan seseorang dalam berhadapan kehidupan seharian.

MODUL 4 : IMPLIKASI DARIPADA MOTIVASI
1. PENGENALAN MODUL
 2.OBJEKTIF
3. KEPERLUAN SESI / PEMBABITAN
4. PANDUAN FASILITATOR AKTIVITI YANG DIJALANKAN
AKTIVITI 1: MENGELAK PEMIKIRAN NEGATIF
AKTIVITI 2:  SEMANGAT BERKUMPULAN.
5.RUMUSAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Modul ini bertujuan untuk menjelaskan kepada peserta apa yang dimaksudkan dengan kesan daripada motivasi. Jika dalam sesebuah organisasi yang memberikan satu motivasi yang tinggi kepada pekerja maka hasil produktiviti dalam pekerjaan tersebut juga akan meningkat. Peningkatan produktiviti akan lebih menguntungkan  majikan itu sendiri.
1.2 Dalam impikasi daripada motivasi , sesi kaunseling merupakan salah satu cara yang berkesan dan dapat membntu pekerja.
1.3 Modul program turut diselitkan dengan aktiviti dan gerak kerja luar bagi memberi peluang kepada semua peserta merasai sendiri pengalaman belajar bersama peserta lain sebagai satu terapi motivasi melalui pembentukan kumpulan (team building).
1.4 Peserta akan didedahkan kepada kaedah-kaedah berkomunikasi dengan berkesan, mengetahui teknik-teknik mengurus kumpulan dan organisasi, membina pasukan dan menggalakkan motivasi dan mengenalpasti cara  kepimpinan. Kursus akan dijalankan melalui ceramah, main peranan dan aktiviti yang merangsang minda. Cara ini merupakan salah satu teknik untuk memberikan motivasi dalam organisasi


2.0 OBJEKTIF KURSUS
Di akhir program ini, peserta kursus akan dapat:
2.1 Mengetahui cara-cara yang bersesuaian untuk mengasilkan motivasi dalam pekerjaan.
2·3 Memahami dan mengaplikasikan mengurus motivasi ditempat kerja.
2·4 Menggunakan kaedah-kaedah berkomunikasi dengan berkesan
2·5 Membina pasukan dan menggalakkan motivasi.
2·6 Mengenalpasti stail kepimpinan.
3.0 KEPERLUAN SESI/ PEMBABITAN
3.1 Jangkamasa                :  150 minit (2 jam 30 minit)
3.2 Saiz Kumpulan            : 10 orang ( 10 kumpulan )
3.3 Methodologi/ Pengendalian Kursus
Kursus ini akan dikendalikan dengan menggunakan kombinasi kaedah berikut:
v  Ceramah Ringkas dan diselang-selikan dengan permainan akademik
v  Latihan dalam kumpulan
v  Kerja berkumpulan (LDK)
v  Sesi Soal dan Jawab
v  Outdoor/Indoor Aktiviti
3.4 Alat Bantuan
v  Helaian Kerja
v   LCD dan Projektor
v  Kertas A4 dan pen


 AKTIVITI 1 :   MENGELAK PEMIKIRAN NEGATIF
PENGENALAN:
Terdapat 5 orang Kaunselor yang bertauliah diminta untuk memberi taklimat untuk mengelakkan pemikiran ynag nagetif  kepada peserta. Cara terbaik untuk mengelakkan peserta  dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri,  tetapi cuma memberi respon ketika di minta atau ketika dirasakan perlu. Selain itu juga  peserta diajar cara-cara mengelakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif.
OBJEKTIF UNIT:
Selepas mengikuti unit ini peserta akan dapat:
v  Mengetahui cara-cara untuk meneglakkan diri dari berfikiran negatif dan sentiasa  bersifat positif dalam diri.
v  Peserta akan mengetahui  kesan-kesan buruk dan baik  motivasi kepada diri sendiri.
v  Peserta akan menerima input yang berguna terutamanya berkaitan dengan cara-cara meningkatkan motivasi diri.

LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1: perkongsian ilmu dalam bentuk pertanyaan soalan dalam meningkatkan motivasi diri.
Soalan boleh ditanya untuk pelbagai tujuan. Pendengar yang kurang bermotivasi  biasanya berhati-hati untuk menanya soalan yang sesuai. Peserta yang mungkin sedikit malu mungkin menghadapi  masalah dan tidak dapat menerangkan masalahnya dengan jelas. Untuk menangani keadaan sedemikian, penasihat perlu bertanya secara lembut untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 2:  kata-kata mencerminkan diri
Kaunselor mesti berhati-hati agar tidak melakukan penghakiman terhadap peserta yang bermasalah untuk meningatkan motivasi diri. Sesetengah soalan mungkin boleh mengelirukan atau menyakitkan hati pekerja,dan menurunkan motivasi untuk melakukan kerja terutamanya jika pekerja tersebut sedang berada dalam keadan emosi. Usaha mencerminkan kata-kata seseorang peserta (walaupun tanpa menggunakan perkataan yang tepat) boleh menjadi satu teknik yang berkesan jika dilakukan dengan baik, malah ianya dapat menggalakkan peserta untuk terus bercakap tanpa mengganggu aliran fikirannya. Pada masa yang sama, penggunaan teknik ini dapat membuktikan kepada peserta bahawa kaunselor sedang mendengar dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh pekerja.
1.       Body language
Penggunaan isyarat badan tanpa menggunakan perkataan atau bahasa badan (body language) boleh membekalkan banyak maklumat mengenai keadaan emosi dan minda pekerja. Misalnya, seorang peserta enggan bertentangan mata dengan kaunselor atau kelihatan resah semasa bercakap dengan kaunselor mungkin sedang bercakap bohong atau cuba menyembunyikan sesuatu daripada kaunselor.
2.  pengurusan motivasi
Kaunselor akan memberikan cara-cara kepada peserta untuk membina jati diri, kecekalan dan tabah dalam meningkatkan motivasi. Di samping itu, kaunselor turut menerangkan Kemahiran pengurusan kendiri seperti:
v  Kajian kegiatan
v  pengurusan masa
v  pengurusan strategik
KAEDAH
Temu duga sehala dengan peserta, berkomunikasi secara berkesan akan  memberi rangka / pelan pengurusan motivasi  yang berkesan kepada peserta.
RUMUSAN
v  Musabah dan mengenal diri adalah penting dalam proses kehidupan ini.
v  Kita sering bercerita tentang kelebihan dan kebaikan yang ada dalam diri kita berbanding dengan menghebahkan keburukan diri sendiri.
v  Nilai negatif perlu dikenalpasti dan dikurangkan.
v  Nilai positif harus dikekalkan dan dimantapkan dengan jati diri.
v  Nilai negatif boleh merosakkan diri sekiranya kita tidak berupaya mengatasikannya.

AKTIVITI 2 : SEMANGAT BERKUMPULAN
PENGENALAN:
Aktiviti ini sesuai untuk semua golongan sama ada yang diperingkat muda dan juga berusia . Aktivitil ini bertujuan untuk menguji peserta dalam memahami, meningkatkan motivasi dan meningkatkan kemampuan diri dari segi membuat keputusan dan semangat bekerjasama, perkongsian idea di antara ahli kumpulan untuk menyelesaikan setiap konflik yang dihadapi. Setiap ahli perlu melakukan pengorbanan demi mencapai kejayaan. Ianya juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam diri setiap ahli. Sementara itu ia untuk meningkatkan motivasi diri kepada peserta.
OBJEKTIF UNIT
Selepas mengikuti unit ini peserta akan dapat:
v  Membina semangat berpasukan untuk saling bekerjasama bagi meningkatkan prestasi melalui sikap persaingan secara positif.
v  Menguji daya kreativiti peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
v  Untuk mengelakkan dari bersifat negatif terhadap motivasi yang diberiakan
v  Untuk mengenalpasti jenis-jenis motivasi  yang membina.
v  Untuk melihat sikap toleransi, bekerjasama, percambahan fikiran, pemikiran kreatif dan konsep kendiri peserta.
LANGKAH-LANGKAH/PROSEDUR
1.Fasilitator akan mengarahkan peserta untuk menghasilkan satu bulatan yang sederhana
2. kemudian fasilitator akan memberikan sebiji telur kepada peserta dan mengarahkan peserta supaya memusingkan telur tersebut keatas lantai dengan berhati-hati agar telur tersebut tidak pecah.
3. telur tersebut hendak lah dipusing selama lebih kurang 5 minit
4. apabila masa yang diberikan telah tamat, peserta perlu menghentikan pusingan telur.
5. seterusnya, fasilitator akan meminta setiap peserta untuk menerangkan apa yang dihadapi semasaoleh peserta semasa memusing telur tersebut, sama ada pusing dengan penuh perasaan ataupun ada sifat ragu-ragu dalam diri.

RUMUSAN
v  Kerjasama amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan.
v  Perancangan yang teliti akan menghasilkan sesuatu kerja yang baik
v  Daya kreativiti yang tinggi akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
v  Perancangan aktiviti amat penting untuk memastikan matlamat tercapai.
v  Setiap perancangan dan kerja akan menghasilkan kejayaan apabila mendapat
v  Sokongan dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan

RUMUSAN KESELURUHAN
Dalam semua aktiviti yang dilakukan memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak, kesan motivasi sama ada positif mahupun negatif cuba diselesaikan dalam modul ini.